KETUA PEMUDA KEDAH KETEPIKAN AMALAN BERMUSYAWARAH
Saya selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok ingin
menyatakan rasa kesal, malu dan jelik dengan kenyataan akhbar yang
dikeluarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Mohd. Rawi b.
Abd. Hamid yang mencadangkan supaya keahlian UMNO Tun Dr. Mahathir
Mohamad digantung. Sebagai seorang yang tahu menghargai dan mengenang
jasa dan pengorbanan Tun Dr. Mahathir kepada negara, saya merasakan
kenyataan tersebut adalah keterlaluan.
Pada pendapat saya, kenyataan tersebut adalah bersifat peribadi dan
hanyalah terpakai hanya sebagai kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Langkawi sahaja. Untuk makluman, kenyataan tersebut dibuat selepas
hanya dibincangkan oleh beberapa orang Ketua Pemuda UMNO Bahagian
sahaja, tanpa melalui mesyuarat khas yang melibatkan Ketua-ketua
Pergerakan Pemuda UMNO dari bahagian-bahagian yang lain di dalam
negeri Kedah seperti yang telah dipaparkan di dalam media. Di manakah
sikap bermuafakat dan kepimpinan Mohd Rawi selaku pemimpin Pemuda UMNO
di negeri Kedah telah menjadi persoalan bagi pihak saya.
Saya juga menentang keras kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pergerakan
Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Negeri Terengganu terhadap Tun Dr. Mahathir yang boleh diumpamakan
sebagai "lebih kuah dari nasi". Saya juga ingin menarik perhatian
terhadap kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda Negeri Sembilan, Datuk Ir.
Jamlus Abd Aziz yang meminta Exco-exco Pemuda UMNO Malaysia supaya
tidak menjadi seperti `api dalam sekam'. Kenyataan tersebut telah
menimbulkan pelbagai tanda tanya dan membangkitkan rasa kurang senang
di kalangan ahli-ahli Pemuda UMNO dari pelbagai peringkat. Ia juga
telah mewujudkan suasana berpuak-puak di kalangan ahli-ahli Pergerakan
Pemuda UMNO Malaysia. Ada yang dilabel sebagai `orang Pak Lah' dan ada
juga yang telah dilabel sebagai `orang Tun'. Ini amat bercanggah
dengan saranan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Dato' Seri Hishammuddin
Tun Hussein yang mahukan seluruh ahli Pemuda UMNO bersatu padu dan
memberi fokus kepada agenda perjuangan Pemuda UMNO Malaysia.
Saya juga ingin menarik perhatian peristiwa tahun 1987 di mana Dato'
Seri Abdullah b. Ahmad Badawi pernah menentang dan mengkritik Tun Dr.
Mahathir Mohamad semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri
dahulu. Beliau tidak pernah diarah meletak jawatan sebagai menteri
malah secara terang-terangan berkempen untuk cuba mengalahkan Tun Dr.
Mahathir Mohamad pada sesi pemilihan ketika itu.
Sehubungan itu, demi perpaduan Melayu dan memastikan kelangsungan
perjuangan UMNO, saya dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok
menyokong ketetapan Majlis Tertinggi UMNO yang menyarankan agar semua
pihak memberi ruang dan membuka laluan perbincangan di dalam
menghadapi permasalahan ini.
Saya juga meminta semua pihak agar memahami secara teliti terhadap isu
sebenar kritikan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri di samping
meminta semua pihak supaya tidak melemparkan tohmahan dan tuduhan yang
tidak berasas terhadap Tun Dr. Mahathir, yang dibuat semata-mata untuk
mengalihkan pandangan umum daripada isu sebenar.
ABDUL KARIM ALI
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN MERBOK

*Semasa sessi berdialog bersama Dato Hishamuddin dan Dato Mustapa Mohamed pada hari Jumaat di Nottingham kemarin, Dato Mustapa ada menyatakan bahawa semasa mesyuarat MT pada hari Khamis lalu, mereka telah bersetuju sebulat suara untuk tidak melucutkan jawatan jawatan yang di jawat oleh Tun Dr M. Sekaligus ini menampakkan bahawa Paklah adalah seorang yang professional. Jika beliau adalah seorang pemimpin yang hanya ingin menangani masalah dengan cara yang mudah dan tidak profesional, tentu sekali beliau telah mengarahkan pelucutan jawatan Tun Dr M. kerana sebagaimana yang kita tahu, PakLah mempunyai kuasa penuh untuk membuat satu keputusan dengan saranan serta suara majoriti majlis kabinet. There are pros and cons dalam drama Tun Dr M dengan Paklah ini tetapi hendaklah kita sebagai seorang pelajar, individu dan rakyat Malaysia yang celik pandai, berfikir dengan secara rasional dan menimbang segala fakta yang telah di keluarkan oleh kedua -dua pihak kerana no one is perfect and no one is totally right nor wrong. Jangan tertipu bulat bulat dengan media, khabar angin dan apa sahaja. Buatlah andaian anda sendiri dan kongsilah andaian anda itu dengan rakan rakan. A healthy discussion amongst friends is very good, coz it makes us to think more out of the box.
2 comments:
Ive got no comment regarding d heated debate between Pak Lah and Dr M. Just thinking whether the media has somehow exagerate the story too far. On one side, Dr M is just giving his own opinion regarding the nation. However, as usual, the media take a very big deal out of it. But somehow, God is the most gracious and the most merciful; if some of u noticed, Dr M say something about 'sampul surat berisi duit' when he lost during the pemilihan representative. It reminded me of the years when Dr M ruled our proud country. Maybe this is what we called; what u give, you get back.
hrrmmm...it's quite difficult to comment on malaysia politic coz it's full of hidden agenda..hwver tun has right to express his unsatisfaction upon pak lah's dicision & leadership...lg pon aper yg tun said is smthing dat beneficial to the nation...pak lah tends to give subtle respond to the question..cm ader jer yg xkena..he keeps portraying "mr nice guy" and i don know y...hrrmmm
Post a Comment